URBAIN (Dallas): Ribuan penunjuk perasaan terus membanjiri bandar-bandar Amerika Syarikat semalam selang sehari seorang penembak membunuh lima pegawai polis semasa perhimpunan aman di Dallas bagi membantah tindakan polis menembak mati dua lelaki kulit hitam di Texas minggu ini.
Bantahan dilaporkan di New York City, Atlanta, Georgia, Houstan, Philadelphia, San Francisco dan Phoenix.