Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Didenda $56,000 kerana periksa telefon bimbit suami yang disyaki main kayu tiga

May 19, 2016 | 09:56 AM



DUBAI: Seorang wanita didenda dan diperintah dihantar pulang dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) kerana melanggar privasi suaminya dengan memeriksa telefon bimbitnya untuk melihat apakah beliau main kayu tiga, lapor Gulf News pada Rabu (18 Mei).



Wanita ekspatriat bangsa Arab itu, yang tidak dinamakan, didenda 150,000 dirham ($56,000) oleh mahkamah jenayah di Ajman, menurut akhbar bahasa Inggeris itu.



Peguamnya memberitahu akhbar tersebut wanita itu menuduh suaminya mempunyai hubungan sulit, dan beliau mengakui mengambil telefon suaminya tanpa izin dan memindahkan gambar ke perantinya.



Suaminya membuat aduan kepada mahkamah, yang mendapati wanita itu bersalah pada Khamis minggu lalu di bawah undang-undang jenayah siber yang menghukum pencerobohan privasi orang lain dengan menggunakan teknologi maklumat, kata akhbar itu.



Gulf News berkata pasangan itu berusia 30-an tahun, tetapi tidak memberi maklumat lain. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >