Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Diktator gelar orang lain diktator: Najib sindir Dr M

Mar 22, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Encik Najib Razak dilihat menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada Ahad lalu menuduh kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai diktator kerana menghalang kebebasan bersuara dan mengambil tindakan untuk menyekat parti pembangkang, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada Selasa.



Dalam kiriman di Facebook (FB) pada Isnin, Encik Najib berkata, adalah pelik apabila seorang diktator memanggil orang lain dengan gelaran itu.



Kiriman FB itu yang dipercayai dikendalikan pentadbir akaun Encik Najib, turut menyenaraikan apa yang dilakukan kerajaan pimpinan Dr Mahathir selepas memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) terhadap Encik Najib dan keluarganya.



Pentadbiran Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir itu berlangsung selama 22 bulan antara Mei 2018 hingga Februari 2020, selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Encik Najib.



Sebelum itu, Dr Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun, antara Julai 1981 hingga Oktober 2003.



"Mr ISA (Tuan Akta Dalam Negeri) gelar orang lain diktator," kata Encik Najib merujuk kepada cara pentadbiran Dr Mahathir ketika kali pertama menjadi perdana menteri selama 22 tahun apabila ketika itu ramai pemimpin pembangkang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terutama menerusi 'Op Lalang'.



Berikut adalah kenyataan Encik Najib, yang menjadi perdana menteri selama sembilan tahun, antara April 2009 hingga Mei 2018, menerusi kiriman itu:



"Sekat dia dan keluarganya dari keluar negara sebelum ada apa-apa dakwaan. Letak roadblock kat depan lorong ke rumah dia.



"Tunggu sampai malam sebelum Ramadan. Suruh media datang saksikan dan buat live coverage (liputan langsung). Geledah rumahnya untuk beberapa hari.



"Tukar Peguam Negara, tukar ketua MACC, tukar Ketua Hakim negara, tukar Gabenor BNM, tukar Ketua polis.



"Lepas itu, beku semua akaun-akaun bank dia dan keluarga dia termasuk cucu-cicit. Beku juga akaun-akaun bank parti dia.



"Fail saman lucut hak ke atas harta-hartanya dan rampas dulu, bicara kemudian.



"Kenakan dia, semua ahli-ahli keluarga dia dan peguam-peguam dia dengan berpuluh-puluh tuduhan tak masuk akal termasuk tuntutan LHDN.



"Jika dia ambil cuti MC sehari, tahan doktor dia untuk disoal siasat. Buat seperti apa yang Mahathir pernah buat pada Najib dan keluarganya. Baru layak digelar diktator".



Dalam kiriman terbaru di FB Encik Najib, pentadbir akaun itu menyebut:



"Tak tunggu lama selepas PRU14, polis di bawah kerajaan Mahathir dan Muhyiddin sebagai Menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) sekat dan check (periksa) siapa yang keluar masuk ke rumah Najib.



"Pondok sementara diletakkan di jalan masuk lorong ke rumah Najib yang terletak di hujung lorong. Bukannya untuk jaga keselamatan, tetapi tapis siapa yang boleh keluar masuk.



"Semua pelawat yang masuk atau keluar lorong tersebut perlu serah MyKad untuk daftar dengan polis. Keadaan ini diteruskan bagi tempoh sekitar sebulan.



"Tujuannya ialah untuk tidak menggalakkan kawan-kawan dan saudaranya untuk melawat Najib ketika itu. Pada masa itu semua jadi takut untuk datang jumpa Najib," menurut kenyataan di FB Encik Najib itu lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >