Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Disyaki edar ganja: Bekas pegawai polis antara 3 ditahan di P. Pinang

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



GEORGETOWN (Pulau Pinang): Dia seorang pendukung undang-undang yang telah didakwa atas kesalahan dadah dan didenda.



Dia juga telah diberhentikan daripada pasukan polis pada 2018 selepas berkhidmat selama 11 tahun.



Tetapi sejak awal tahun lalu, bekas koperal itu dipercayai kembali menyalahi undang-undang, didakwa kerana berurusan dengan dadah, lapor akhbar The Star semalam.



Nasib sekali lagi tidak menyebelahi lelaki berusia 33 tahun itu Jumaat lalu apabila dia di antara tiga orang yang ditahan kerana disyaki mengedar dadah.



Kali ini, isterinya juga turut diberkas atas kesalahan yang sama.



Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan sepasang suami isteri bersama seorang lelaki dan merampas 451 kilogram ganja bernilai RM1.13 juta ($350,000) dalam dua serbuan di Penaga, Kepala Batas dekat Pulau Pinang pada Jumaat lalu.



Hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri melancarkan operasi terancang dengan menyerbu sebuah rumah di Jalan Bendahara, Penaga, pada sekitar 7.30 malam tersebut.



"Semasa serbuan itu, terdapat seorang lelaki yang berada di atas sebuah motosikal di hadapan rumah tersebut dan pemeriksaan ke atas suspek yang merupakan bekas anggota polis itu menemukan 10 ketulan mampat ganja seberat 10.2kg bernilai RM25,000.



"Polis kemudian membuat pemeriksaan di rumahnya sebelum menahan isteri lelaki itu yang bekerja kilang dan merampas 443 ketulan ganja seberat 441kg bernilai RM1.1 juta di situ. Pasangan itu masing-masing berusia 33 tahun dan semasa serbuan hanya terdapat mereka berdua sahaja," katanya dalam satu kenyataan kelmarin.



Katanya, ekoran penahanan pasangan suami isteri itu, polis menyerbu sebuah lagi rumah juga di kawasan Penaga, iaitu lima minit dari kediaman pertama dan menahan seorang lagi lelaki berusia 42 tahun yang merupakan ahli perniagaan.



Datuk Mohd Shuhaily berkata, tiada sebarang rampasan dadah bersama lelaki itu tetapi polis merampas wang tunai RM37,000 bersamanya dan pihaknya percaya dia merupakan dalang utama sindiket pengedaran dadah yang turut mempunyai rangkaian di luar negara.



Katanya, siasatan juga mendapati mereka mendapatkan bekalan ganja itu dari rangkaian sindiket pengedaran dadah antarabangsa di negara jiran - dipercayai Thailand - dan menyeludup masuk ke sini dengan menggunakan laluan laut.



"Sindiket berkenaan menjadikan rumah pasangan itu sebagai tempat menyimpan stok-stok ganja tersebut sebelum mereka mengedarkannya untuk pasaran tempatan, kediaman mereka tidak jauh dengan kawasan laut," katanya yang ditukil laman berita Majoriti semalam.



Jelasnya, bekas anggota polis berpangkat koperal itu bertugas di Marang, Terengganu, sebelum ini dan dia telah berkhidmat selama 11 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibuang kerja pada 2018 kerana kesalahan berkaitan dadah.



Menurutnya, sindiket itu dipercayai bergiat aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak awal 2022 dan susulan penahanan mereka polis menyita tiga kereta dan dua motosikal yang kesemuanya bernilai RM416,500.



"Hasil ujian air kencing mendapati suspek bekas anggota polis positif dadah dan mempunyai rekod lampau juga berkaitan dadah.



"Kesemua tiga individu itu kini direman sehingga 20 Januari ini bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >