Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Doktor Amerika gesa sekolah mula lewat agar remaja dapat cukup tidur

Jun 15, 2016 | 12:38 PM



CHICAGO: Persatuan Perubatan Amerika menggesa pada Selasa (14 Jun) agar sekolah bermula lewat pada pagi supaya remaja mendapat cukup tidur.



Dalam satu dasar baru yang diterima pakai pada Selasa, AMA berkata sekolah menengah dan tinggi harus bermula pada 8.30 pagi kerana kajian menunjukkan baligh disertai perubahan biologi dalam ritma harian yang menjadi antara penyebab remaja tidur dan bangun lebih lewat.



Tidur tidak cukup dikaitkan dengan pelbagai masalah mental dan fizikal, daripada prestasi memori tidak baik dan kecelaruan mood kepada fungsi imun terjejas dan indeks jisim tubuh tidak sihat, kata AMA.



Persatuan doktor berpengaruh itu berkata hampir 10 peratus sekolah tinggi Amerika Syarikat hari ini bermula pada atau sebelum 7.30 pagi agar ada masa bagi kelas tambahan, sukan dan kegiatan kurikulum.



"Kurang tidur ialah masalah kesihatan awam yang semakin meningkat, yang memberi kesan ke atas remaja negara kita, meletak mereka dalam risiko tekanan dan gangguan mental, fizikal dan emosi," kata Dr William Kobler, seorang anggota AMA.



"Bukti saintifik menyarankan bahawa memberi remaja lebih banyak masa untuk tidur pada waktu sesuai membawa kepada peningkatan tahap kesihatan, pencapaian akademik, tingkah laku, dan kesejahteraan umum," katanya.



Hanya 32 peratus remaja Amerika dalam satu kajian baru-baru ini dilaporkan mendapat tidur sekurang-kurangnya lapan jam pada hari sekolah.



Akademi Pediatrik Amerika mengesyorkan remaja berusia antara 14 dan 17 tahun perlu mendapat tidur 8.5 - 9.5 jam setiap malam.



Dasar baru AMA itu, yang diluluskan dalam mesyuarat tahunan persatuan tersebut di Chicago, juga menggalak doktor mendidik ibu bapa, pentadbir sekolah dan guru tentang peri penting tidur bagi kesihatan mental dan fizikal remaja. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >