Doktor asal Singapura meninggal dunia di New Zealand

SEORANG doktor  asal Singapura rebah dan meninggal dunia di Hagley Park di Christchurch, New Zealand pagi tadi.

Dr Husaini Hafiz, 50 tahun, dipercayai sedang berjalan kaki ke tempat kerja ketika itu.

Menurut sebuah laman berita New Zealand, polis dimaklumkan tentang kejadian yang berlaku dekat Hospital Christchurch itu sekitar 8.15 pagi tadi waktu tempatan.

Seorang jurucakap polis berkata kematian itu tidak mencurigakan dan kes itu sudah dirujuk kepada pihak koroner.

Allahyarham yang telah menetap di New Zealand bersama keluarganya sejak sekitar sembilan tahun lalu meninggalkan seorang balu dan lima anak.

Beliau juga merupakan presiden pertama Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), dengan dibantu Dr Fatimah Lateef yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade ketika itu.

Semasa Berita Harian cuba menghubungi isteri Allahyarham, beliau sekadar berkata suaminya berada dalam keadaan yang sihat sebelum beliau meninggal dunia.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,108.620 -8.410