Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Donald Trump dikenakan tuduhan jenayah

Bekas presiden pertama dikenakan tuduhan jenayah; tuduhan berhubung bayaran yang dibuat kepada pelakon filem lucah, Stormy Daniels
Mar 31, 2023 | 08:16 AM



NEW YORK: Encik Donald Trump telah dikenakan tuduhan jenayah oleh jemaah juri di Manhattan, menyusuli wang yang dibayar kepada seorang pelakon filem lucah, menjadikan beliau bekas presiden Amerika Syarikat pertama dikenakan tuduhan jenayah.



Ini sedang beliau membuat persiapan menyertai pilihan raya presiden pada 2024.



Tuduhan itu, yang timbul menyusuli siasatan yang diketuai oleh pendakwa raya negara Manhattan, Encil Alvin Bragg, boleh mengubah persaingan bagi jawatan presiden Amerika itu.



Dalam kenyataannya menyusuli perkembangan itu, Encik Trump berkata beliau ‘tidak bersalah sepenuhnya’.



“Ini adalah penganiayaan politik dan campur tangan politik di peringkat tertinggi dalam sejarah,” kata beliau, tanpa memberikan sebarang bukti.



Tuduhan khusus ke atas Encik Trump belum lagi diumumkan dan ini dijangka diumumkan dalam beberapa hari lagi, lapor akhbar New York Times, - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >