Donald Trump menang di Michigan dan Mississippi

DETROIT (Amerika Syarikat): Encik Donald Trump menang besar di Michigan dan Mississippi pada Selasa (8 Mac), mengukuhkan status beliau sebagai pendahulu dalam persaingan menjadi calon parti Republikan bagi pilihan raya presiden November ini.

Kemenangan meyakinkan Encik Trump ke atas Gabenor Ohio, Encik John Kasich; Senator dari Texas, Encik Ted Cruz; dan Senator dari Florida, Encik Marco Rubio, peningkatan tekanan ke atas kumpulan anti-Trump parti itu mencari jalan bagi menghentikan kemaraannya sebelum beberapa pertandingan utama minggu depan.

Pada sidang media selepas itu, Encik Trump ketiga-tiga pesaingnya itu, dan mencadangkan harapan mereka tipis.

Sementara itu, bagi parti Demokratik, pendahulu, Cik Hillary Clinton juga menang di Mississippi.

Tetapi, beliau sedang bersaing sengit dengan Encik Bernie Sanders di Michigan, dengan kira-kira 30 peratus undi telah dikira. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.