PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa sebahagian dana syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini "hilang" dan kegagalan Perdana Menteri negara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjelaskan kehilangannya menyebabkan beliau tidak layak menerajui negara itu.
Dalam entri blognya semalam, Dr Mahathir mengandaikan bahawa terdapat unsur rasuah dalam kecurian di dalam 1MDB dan menegaskan bahawa duit yang hilang itu "tidak sama dengan kerugian yang dialami".