Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dr M, pemimpin BN kritik tangkapan 'sabotaj ekonomi'

Oct 12, 2015 | 02:23 PM



PUTRAJAYA: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini berganding bahu mengkritik Putrajaya kerana menggunakan undang-undang keselamatan baharu ke atas dua individu kerana dikatakan cuba mensabotaj ekonomi, mengatakan ia sebenarnya digunakan terhadap pengkritik kerajaan.


Mereka menggesa Putrajaya membebaskan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang daripada pendakwaan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.


"Mereka (Putrajaya) mendefinisikan sabotaj ekonomi bergantung kepada keperluan mereka," kata Dr Mahathir pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini yang turut dihadiri bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Kumpulan bekas pemimpin negara itu berkata, kerajaan tidak seharusnya menyalah gunakan akta berkenaan kerana kedua-dua mereka tidak melakukan kesalahan keganasan.


"Kedua-dua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah Sosma hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat, kritikan, serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," menurut kenyataan mereka.


Selain Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno, turut hadir ialah naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Sanusi Junid serta bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat. - The Malaysian Insider




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >