Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dr Mahathir bimbang Umno kalah dalam p'raya umum mendatang

May 05, 2015 | 04:34 PM



KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan tentang masa depan Umno jika parti itu kalah pada PRU14.


Kebimbangan Dr Mahathir itu disebabkan prestasi buruk Umno sejak 2008 yang memperlihatkan sokongan dan kepercayaan orang Melayu semakin berkurangan terhadap parti berkenaan.


"Saya risau jika Umno kalah, bermakna ini adalah kali terakhir parti itu berada di Malaysia.


"Jika dahulu Umno sebuah parti keramat yang memperjuangkan masa depan orang Melayu dan selalu menang besar pada PRU.


"Tetapi sekarang ini, nak dapat majoriti dua pertiga pun tidak sampai," katanya ketika berucap pada Program Khas Penyatuan Melayu dan Isu Semasa Negara anjuran Gerakan Melayu Bersatu Demi Islam di Kelab Sultan Sulaiman, di sini hari ini.


Menurutnya, teguran yang dibuat terhadap parti itu bukan bertujuan memecahbelahkan ahli Umno sebaliknya memperbaiki kesilapan yang dilakukan.


"Saya masih orang Umno. Saya tidak keluar dari parti. Saya sayangkan Umno dan tidak mahu ia terkubur.


"Jika dahulu kita tukar pemimpin dengan niat menjadikannya lebih baik, namun ia jadi lebih buruk. Macam mana dalam pentadbiran kerajaan boleh berlaku kehilangan wang berjumlah berbilion ringgit. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku," jelasnya.


Dr Mahathir turut mengingatkan orang Melayu Islam bersatu bagi menerajui pentadbiran negara.


"Kita (Orang Melayu) adalah bangsa majoriti iaitu sebanyak 61 peratus. Ya, memang majoriti tetapi kita telah berpecah kepada empat mewakili Umno, Pas, PKR dan beberapa parti kecil lain.


"Perpecahan ini sebenarnya tidak menguatkan kita, sebaliknya melemahkan dan kita bukan bangsa majoriti lagi," katanya. - Sinar Harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >