Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dr Mahathir: Perhimpunan Agung Umno "amat mengecewakan"

Dec 16, 2015 | 02:11 PM



MANTAN presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan perhimpunan agung parti itu, yang baru diadakan minggu lalu sebagai "amat mengecewakan".


Ini kerana ia "tertumpu dan terhad kepada mempertahan diri (Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak) sahaja", katanya.


"Presiden mendakwa, ia adalah Gentleman (lelaki budiman), berjiwa besar, berani, tidak bacul dan tidak akan undur.


"Perjuangan parti dan kerajaan pimpinannya tidak disebut. Juga tidak ada penjelasan berkenaan dengan masalah seperti 1MDB dan wang sebanyak RM2.6 bilion ($867 juta) yang terdapat dalam akaunnya di Arab Malaysian Bank yang perwakilan ingin tahu supaya mereka dapat terangkan kepada ahli-ahli lain dan orang ramai.


"Ekonomi negara yang merosot, kejatuhan nilai Ringgit dan kesannya terhadap kos sara hidup dan kos import tidak diulas dan tidak ada cadangan bagaimana menangani masalah-masalah ini.


"Masalah yang disebabkan oleh GST juga tidak disentuh, hanya bagaimana kewangan Kerajaan diselamatkan oleh cukai berat yang dibebankan keatas rakyat ini.


"Dasar pelajaran dan penggunaan bahasa pengantar yang tidak menentu tidak diulas," dakwa Tun Dr Mahathir menerusi tulisan yang baru sahaja dimuatnaikkan di blognya sendiri yang menggunakan nama pena beliau 'Chedet'.


Mantan perdana menteri itu selanjutnya mempersoalkan tindakan Umno menghalangnya menyuarakan pandangan kepada ahli parti secara bebas.


"Semua dewan ditutup bagi saya sehingga saya tidak dapat bertemu dan bercakap dengan orang UMNO atau orang ramai.


"Hotel diberi amaran akan tidak diberi bisnes kerajaan jika saya diterima berucap dalam dewan-dewan mereka," katanya lagi.


Beliau turut mempersoalkan langkah Majlis Tertinggi Umno yang tidak membenarkan Timbalan Presiden parti itu merasmikan mesyuarat sayap-sayap Uumno seperti yang sudah jadi tradisi parti.


"Inikah sikap Gentleman yang berjiwa besar. Ia lebih mirip sikap boss yang mengikat tangan musuh supaya ia boleh dibelasah tanpa dibalas. Dahulu mencabar Presiden adalah perkara biasa dan pencabar bebas bercakap dimana sahaja. Tetapi sekarang tidak," soalnya.


Menurut Tun Dr Mahathir, sikap budiman Datuk Seri Najib akan lebih terserlah sekiranya beliau meletakkan jawatan.


"Jika Najib letak jawatan ia akan disambut baik dan barulah benar ia seorang gentleman yang berjiwa besar," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >