Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dr Mahathir tegas, Najib harus letak jawatan

May 12, 2015 | 10:43 AM



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tetap dengan pendirian tegasnya yang mahu Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.


Menerusi kemaskini terbaharu blog chedet.cc pada Isnin, Dr Mahathir berkata, beliau tidak mempunyai pilihan dengan mendesak peletakan jawatan Datuk Seri Najib berikutan kontroversi yang semakin meningkat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB); pembelian loji janakuasa dengan harga yang jauh lebih tinggi; dan, pelaburan dan usaha sama dengan Petro Saudi.


"Berbilion Ringgit telah hilang dan tidak mungkin akan kembali. Secara langsung atau tidak langsung, Najib bertanggungjawab untuk kerugian besar-besaran ini. Oleh kerana tindakan yang tidak bertanggungjawab itu, Najib tidak lagi layak menjadi Perdana menteri," katanya.


Dr Mahathir berkata, beliau sedar pembangkang akan memanfaatkan keengganannya menyokong Najib, sambil menambah bahawa Barisan Nasional akan menerima musibah sekiranya Datuk Seri Najib terus kekal.


Beliau juga berkata, jika Umno dan kepimpinan BN perlu berubah, ia perlu dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-14.


Dr Mahathir berkata beliau merasakan kontroversi mengenai 1MDB sangat serius dari kali pertama mengetahui tentang berita itu.


"Pada masa itu, tidak banyak maklumat mengenainya. Saya tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menghantar surat yang menyatakan saya menarik balik sokongan terhadap beliau. Sejak itu, saya menerima banyak maklumat mengenai 1MDB dan saya terkejut dengan jumlah hutang.


"1MDB juga gagal untuk membayar pinjaman RM42bil, wang dikatakan melabur di Kepulauan Cayman. Butiran mengenai pelaburan dan usaha sama dengan Petro Saudi juga tidak jelas," katanya. - mStar Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >