Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Draf perjanjian' hurai perceraian Nurul Izzah tersebar luas di Internet

Jan 24, 2014 | 06:11 PM



PETALING JAYA: Satu surat yang mengandungi perjanjian penyelesaian perceraian yang dipercayai antara Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim, kini tersebar luas di media sosial.


Isi kandungan surat perjanjian itu yang menyerupai draf surat dari sebuah pejabat peguam tersebar setelah seorang pengguna memuatnaikkannya di laman media sosial Facebook, lapor laman berita mStar hari ini.


Dalam laporan itu, antara yang terkandung dalam perjanjian tersebut termasuk mengenai persetujuan kededua pihak untuk menyelesaikan isu perceraian, tuntutan selepas perceraian dan hadanah anak-anak mereka secara damai.


Bagaimanapun, menurut mStar, kesahihan surat perjanjian itu tidak dapat dipastikan.


Nurul Izzah, 33 tahun, anak ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya dengan Raja Ahmad Shahrir, 35 tahun, pada akhir Disember tahun lalu. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >