Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Drama' peguam bela Najib enggan berhujah, kemuka cadangan mahu tarik diri

Aug 19, 2022 | 05:30 AM



RAYUAN terakhir Datuk Seri Najib Razak yang bermula pagi semalam, penuh dengan 'drama' apabila peguam bela utama mantan perdana menteri (PM) itu enggan berhujah tetapi kemudian menukar pendirian akan mengemukakan hujah bertulis dalam kes rayuan penyelewengan dana SRC International.



'Drama di pentas' Mahkamah Persekutuan itu berlaku sebaik saja mahkamah menyambung prosiding dengan peguam bela Encik Hisyam Teh Poh Teik yang sepatutnya memulakan hujahnya memilih untuk bersandarkan kepada hujahan yang dikemukakan pasukan peguam Datuk Seri Najib semasa rayuan di Mahkamah Rayuan sebelum ini.



Encik Hisyam, yang baru dilantik Julai lepas menggantikan peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengambil pendirian tersebut sejurus selepas panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan, yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, menolak permohonan lisan peguam bela utama tersebut untuk menarik diri mewakili mantan Perdana Menteri itu.



Tun Tengku Maimun yang memerintahkan prosiding rayuan dimulakan selepas mahkamah menolak penarikan diri Encik Hisyam.



Sebaik saja mendengar alasan yang diberikan oleh Encik Hisyam, Tun Tengku Maimun berkata disebabkan rayuan akhir itu melibatkan kepentingan awam, mahkamah dengan itu memanggil pendakwa raya untuk memulakan hujahan bagi memberi pasukan peguam perayu lebih masa menyediakan hujahan mereka.



Bagaimanapun, pada sebelah petang apabila prosiding disambung semula, Encik Hisyam memberitahu mahkamah beliau berhasrat mengemukakan hujahan bertulis bagi pihak anak guamnya.



Semalam mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ($65 juta) yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.



Permohonan pertama dan kedua pada Isnin dan Selasa lalu membabitkan cubaan Datuk Seri Najib untuk mengemukakan bukti baru telah ditolak mahkamah.



Sementara itu tiga anak Datuk Seri Najib - Encik Norashman, Cik Nooryana Najwa dan Encik Mohd Nizar - dilihat berada di galeri awam mendengar prosiding rayuan itu, manakala di luar bangunan mahkamah kelihatan sekumpulan penyokong berkumpul bagi memberi sokongan moral kepada mantan Perdana Menteri itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >