Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua adik-beradik dijel kerana serang gelandangan Mexico dek inspirasi daripada Trump

May 17, 2016 | 11:58 AM



BOSTON: Dua adik-beradik lelaki dari Boston dituduh mengencingkan dan memukul seorang gelandangan dari Mexico dan memberitahu polis "Donald Trump betul: Semua pendatang haram ini harus dihantar pulang", dijatuhi hukuman penjara pada Isnin, kata pendakwa.



Scott Leader, 38 tahun, dan Steve Leader, 30 tahun, telah mengaku bersalah terhadap dakwaan menyebabkan kecederaan tubuh semasa melakukan pelanggaran hak sivil, serta serangan dan memukul dengan senjata berbahaya, antara pelbagai tuduhan.



Scott dipenjara tiga tahun manakala Steve satu setengah tahun, kata Pejabat Pendakwa Raya Daerah Suffolk dalam satu kenyataan. Mereka akan diletak dalam probesen selama tiga tahun selepas menjalani hukuman penjara.



Dua adik-beradik itu ditahan pada 19 Ogos kerana disyaki memukul Encik Guillermo Rodriguez, 58 tahun ketika itu, kerana beliau tidur di stesen kereta api bawah tanah. Mereka memberitahu polis mereka menyasarkan Encik Rodriguez kerana percaya beliau pendatang haram.



Encik Rodriguez berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau sebenarnya pemastautin tetap.



Pasangan itu menumbuk dan menendang Encik Rodriguez, dan salah seorang daripada mereka berulang kali menyerang beliau dengan palang logam, sebelum kedua-duanya beredar sambil ketawa, kata pendakwa raya.



Menurut laporan polis, mereka memberitahu pegawai polis, "Donald Trump betul: Semua pendatang haram ini harus dihantar pulang."



Pendakwa berkata Scott memberitahu pegawai polis serangan itu wajar kerana mangsa tiada tempat tinggal dan bangsa Hispanik.



Encik Trump, yang dijangka menjadi calon parti Republikan bagi pilihan raya Amerika Syarikat, lantang dalam soal imigresen, merancang membina tembok di sempadan Amerika-Mexico, dan berjanji, jika dipilih, akan mengusir anggaran 11 juta pendatang haram di Amerika. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >