Dua amah Nepal dakwa dirogol diplomat Saudi di India

NEW DELHI: Dua pembantu rumah warga Nepal menuduh seorang diplomat Arab merogol dan mendera mereka ketika mereka bekerja di rumahnya di sini, menurut seorang pegawai kanan polis pada Rabu (9 September).

Wanita berumur 30 dan 50 tahun itu telah memfailkan aduan polis mendakwa diplomat yang tidak dinamakan itu mengurung mereka di apartmennya dan mendera mereka berkali-kali, kata Penolong Pesuruhjaya Rajesh Kumar.

Polis menyelamatkan mereka Isnin lalu dari rumah di bandar mewah Gurgaon itu selepas seorang lagi pembantu rumah yang digajikan baru-baru ini memaklumkan sebuah pertubuhan bukan pemerintah (NGO) mengenai perkara itu, ujarnya.

"Kami telah merekodkan kes rogol, liwat dan mengurung berdasarkan aduan mereka," kata Encik Kumar kepada AFP.

Kedutaan Arab Saudi di New Delhi belum dapat dihubungi untuk mengulas.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 70
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.