JOHOR BAHRU: Dua beradik yang hilang selepas keluar rumah untuk membeli minuman berhampiran rumah mereka di Jalan Pinang 52, Taman Daya dekat sini, malam kelmarin ditemui selamat pagi semalam.
Ibu saudara mangsa, Cik Azrizah Ahmad, berkata pada awal pagi semalam, pihaknya menerima panggilan daripada polis memaklumkan mengenai penemuan Mohd Iman Zafri Othman, 11 tahun, dan Nur Alyshah Zafiera, sembilan tahun, lapor Utusan Online semalam.