Dua calon saing rebut jawatan Ketua Umum Golkar

JAKARTA: Persaingan bagi memimpin parti politik tertua di Indonesia, Parti Golongan Karya (Golkar), kini semakin sengit.

Dua penyokong setia parti telah melahirkan hasrat untuk merebut jawatan pengerusi (Ketua Umum), walaupun masih belum jelas sama ada Kongres parti itu akan diadakan tahun depan seperti yang dijadualkan, atau dipercepatkan Oktober ini.

Menteri Penyelaras Kesejahteraan Rakyat Indonesia, Encik Agung Laksono dan Menteri Perindustrian, Encik M.S. Hidayat kini merupakan dua calon utama yang disebut-sebut akan mengambil alih parti Golkar dari pengerusinya, Encik Aburizal Bakrie, dan mereka berdua telah membentuk pasukan kempen bagi meraih sokongan.

Namun Encik Aburizal masih mahu memegang jawatan sebagai pengerusi dan telah memecat Encik Agung sebagai Naib Pengerusi Golkar.

Encik Agung dipecat kerana dituduh sebagai pihak yang keras menyuarakan kritikan terhadap Ketua Umum Golkar, Encik Aburizal.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.