Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua dituduh sabotaj perbankan dan kewangan M'sia

Oct 12, 2015 | 02:02 PM



KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam, Encik Matthias Chang, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perbankan dan kewangan negara.


Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin, lapor Utusan Online.


Laman The Malaysian Insider pula melaporkan, Datuk Seri Khairuddin dan Encik Chang dituduh mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 15 tahun jika disabitkan kesalahan.


Bagaimanapun, prosedur di bawah Sosma akan digunakan, bukan Akta Bukti memandangkan kes itu dianggap bukan prosiding jenayah biasa.


Cik Siti Radziah memberi pihak pendakwaan, yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud dan Mohd Dusuki Mokhtar, sehingga 26 Oktober ini untuk memperoleh kelulusan peguam negara bagi kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.


Kedua-dua tertuduh akan kekal di reman hingga tarikh itu kerana kes kesalahan keselamatan tidak boleh diberikan ikat jamin.


Terdahulu, DPP Masri cuba memohon kepada mahkamah tempoh sebulan bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.


Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu majistret untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi hari ini kerana mereka akan membangkitkan isu perlembagaan berkaitan dengan pelantikan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.


"Kami berpandangan pelantikannya pada 27 Julai tidak mengikut Perlembagaan dan beliau tidak boleh mengeluarkan sebarang kebenaran untuk kes itu dipindahkan," katanya.


Encik Mohamed Haniff berkata, pendakwaan itu kelihatan tidak berada dalam bidang kesalahan keselamatan dan kedua-dua tertuduh layak diberikan ikat jamin sehingga kes mereka diputuskan.


Katanya, pihak pendakwaan menyalahgunakan proses siasatan untuk terus menahan mereka.


Beliau juga menggesa kedua-duanya ditahan reman di penjara Kajang.


Encik Chang, bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, ditahan pada 8 Oktober di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi ketika beliau ke sana untuk melawat Khairuddin, yang juga sedang ditahan mengikut Sosma.


Undang-undang anti keganasan itu membenarkan suspek ditahan sehingga 28 hari selepas hari penahanan.


Datuk Seri Khairuddin ditahan semula pada 23 September mengikut Sosma dan beliau memfailkan permohonan habeas corpus terhadap kerajaan, mencabar penahanannya di bawah akta itu.


Kes itu dijadualkan didengar di hadapan Hakim Kamardin Hashim di Mahkamah Tinggi esok.


Sebelum itu, Datuk Seri Khairuddin ditahan reman sejak 19 September mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas cubaan melakukan kegiatan yang dianggap memudaratkan kepada demokrasi berparlimen.


Kamar mahkamah penuh sesak hari ini manakala Khairuddin serta Chang kelihatan tersenyum dan mengangkat tangan kepada orang ramai ketika dibawa ke mahkamah hari ini, berikrar untuk "melawan Najib habis-habisan", mengisytiharkan mereka tidak bersalah. - Utusan Online, The Malaysian Insider




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >