Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua lelaki ditahan lakukan serangan di gereja di Istanbul

Jan 29, 2024 | 01:16 PM



ISTANBUL: Pihak berkuasa Turkey telah menangkap dua lelaki bersenjata yang menembak mati seorang pada Ahad 28 Januari, semasa upacara di sebuah gereja di Istanbul.


Lelaki itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas IS, kata Menteri Dalam Negeri Turkey, Encik Ali Yerlikaya.

Encik Yerlikaya sebelum ini berkata, bahawa serangan itu, yang dikutuk Ankara, berlaku pada pagi di Gereja Katolik Santa Maria Italy, di daerah Sariyer di Istanbul, dan seorang warga Turkey - yang menjadi sasaran lelaki bersenjata - terbunuh semasa menghadiri upacara itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Encik Yerlikaya berkata pihak berkuasa telah melakukan serbuan di lebih 30 lokasi di seluruh Istanbul, dan menahan 47 orang sehingga kini.

Suspek berjaya ditangkap dalam salah satu serbuan terakhir, katanya.

“Kedua-dua suspek adalah warga asing. Seorang daripada mereka berasal dari Tajikistan dan seorang lagi Russia, dan kami menilai mereka adalah sekutu IS,” kata Encik Yerlikaya sambil menambah mereka akan disoal mengenai serangan itu.

Terdahulu, IS mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, dalam satu kenyataannya melalui laman Telegram.

Katanya, tindakan itu adalah sebagai tindak balas kepada gesaan oleh pemimpin kumpulan itu untuk menyasarkan orang Yahudi dan Kristian.

Rakaman CCTV dari dalam gereja, yang disahkan oleh agensi berita Reuters, menunjukkan lelaki bersenjata bertopeng memasuki bangunan dan menembak lelaki yang berjalan di hadapan mereka.

Presiden Tayyip Erdogan menelefon paderi gereja itu, untuk mengucapkan takziah dan sokongan, kata pejabatnya, menerbitkan video panggilan itu.

Paus Francis menyampaikan ucapan takziah atas serangan itu.

Perdana Menteri Italy, Cik Georgia Meloni berkata kementerian luar Italy mengikuti perkembangan “perbuatan keji itu” dan mengutuknya.

IS telah melakukan banyak serangan di seluruh Turkey, termasuk di sebuah kelab malam di Istanbul pada 1 Januari 2017, di mana 39 orang terbunuh.

Encik Yerlikaya berkata pihak berkuasa Turkey telah menahan 2,086 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan IS, semasa lebih 1,049 operasi sejak Jun 2023, dan 529 orang telah ditangkap. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >