Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua pegawai kanan kerajaan ditangkap di Melaka dan Johor kerana rasuah

Nov 29, 2016 | 08:02 AM



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap dua pegawai tinggi kerajaan di Melaka dan Johor atas dakwaan amalan rasuah.



Sumber berkata suspek pertama ditahan di Melaka pada kira-kira 2 petang Isnin (28 Nov).



Difahamkan lelaki berusia 55 tahun itu didakwa terlibat dalam amalan rasuah, termasuk meminta sogokan sebagai ganjaran bagi kelulusan projek.



SPRM sedang mengesan bilangan projek yang terlibat, dan lebih ramai orang akan ditahan bagi membantu siasatan.



Selain itu, berpuluh-puluh akaun bank mengandungi berjuta-juta ringgit dibekukan.



Pegawai berkenaan dijangka dibawa ke mahkamah dan ditahan pada Selasa (29 Nov).



SPRM menahan suspek kedua, penolong pegawai daerah tanah, apabila dia muncul di pejabat agensi itu di Johor untuk memberi keterangan pada kira-kira 2 petang Isnin.



Siasatan awal polis mendapati suspek menyalah guna kedudukannya untuk mendapatkan tanah dan mempunyai beberapa bidang tanah pertanian seluas 16.75 ekar.



Dia juga didakwa memiliki 68 ekar tanah yang telah dibangunkan bersama, tanah kediaman dan rumah mewah di Johor.



Pengarah SPRM Johor, Datuk Simi Abdul Ghani, mengesahkan penahanan itu dan berkata suspek akan dibawa ke mahkamah untuk perintah reman didapatkan bagi memanjangkan tempoh penahanannya untuk membantu siasatan. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >