Dua pemimpin Khmer Rouge dipenjara seumur hidup

PHNOM PENH (Kemboja): Pemimpin tertinggi Khmer Rouge, Khieu Samphan dan orang kanannya, dan Nuon Chea, 88 tahun, telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup hari ini.

Hukuman itu diputuskan oleh tribunal yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja atas dua tuduhan melakukan jenayah perang berikutan peranan mereka semasa pemerintahan Khmer Rouge pada 1970-an.

Keputusan bersejarah itu diumumkan hari ini.

Kedua-dua mereka, yang kelihatan uzur, menafikan melakukan kesalahan tersebut.

Tuduhan ke atas kedua-dua mereka tertumpu kepada pemindahan berjuta-juta orang dari bandar Kemboja dan tapak hukuman di barat daya negara itu di mana beribu-ribu orang dilaporkan telah ditembak dan dikebumikan dalam kubur secara beramai-ramai.

Sekitar 1.7 juta orang maut di bawah pemerintahan mereka akibat kebuluran atau dibunuh antara 1975 hingga 1979. - Agensi.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 28
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.