DHAKA: Dua pegawai polis dan seorang wanita terbunuh sementara lima yang lain cedera berikutan kejadian letupan dan tembak-menembak berhampiran kawasan solat Aidilfitri berjemaah di utara Bangladesh, kata polis.
Hanya beberapa hari selepas 20 tebusan dibunuh di Dhaka, disyaki dilakukan militan IS, polis dan media tempatan melaporkan tentang serangan terbaru itu.