Dua suspek ditangkap disyaki rancang serang Olimpik Rio

SAO PAULO (Brazil): Polis menangkap dua orang pada Khamis (11 Ogos) kerana disyaki menyokong kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) dalam merancang satu serangan yang mungkin dilakukan semasa Sukan Olimpik di Rio de Janeiro.

Sebelum operasi itu, polis telah menahan 12 orang, semuanya disyaki bekerjasama dengan militan ISIS.

Polis federal Brazil berkata tiga orang lagi ditahan tetapi dibebaskan.

Dua suspek yang ditangkap pada Khamis ialah warga Brazil, tetapi polis tidak memberi nama atau butiran lain.

Walaupun Brazil tidak mempunyai sejarah konflik dengan kumpulan militan yang diketahui, pemerintah negara itu berkata Sukan Olimpik menjadikannya sasaran lebih besar, terutamanya kerana penyertaan negara-negara yang berjuang menentang ISIS. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.