KUALA LUMPUR: Dua suspek utama yang ditahan berhubung pembunuhan Kim Jong-Nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un, mungkin dipergunakan oleh perisik asing untuk melakukan jenayah itu.
Menurut sumber, ejen perisik yang mempergunakan dua wanita terbabit - Siti Aisyah, 25 tahun, seorang warga Indonesia, dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29 tahun - tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mereka, lapor Uusan Malaysia semalam.