Dua suspek pengganas Perancis curi kereta dan tahan tebusan

PARIS: Pegawai keselamatan Perancis berkata, dua suspek yang menyerang pejabat akhbar mingguan satira sehingga 12 maut kelmarin, dikesan sebuah mencuri kereta dan masih melarikan diri.

Kedua-dua beradik itu dikesan mencuri kereta jenis Peugeot pagi hari ini, Jumaat, di pekan Montagny Sainte Felicite, kira-kira 50 kilometer di timur laut Paris.

Dalam satu kejadian kejar-mengejar, beberapa tembakan turut kedengaran.

Dua suspek itu juga dikatakan telah menahan beberapa tebusan di zon perindustrian, Dammartin-en-Goele, kata sumber.

Ribuan anggota polis Perancis telah dikerah untuk memburu dua beradik itu selepas disyaki melakukan serangan bersenjata terhadap pejabat akhbar Charlie Hebdo itu

Polis Perancis melancarkan gerakan memburu Cherif Kouachi, 32 tahun, dan abangnya, Said, 34 tahun yang disyaki terbabit dalam serangan di pejabat akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo, yang mengorbankan 12 orang. - Agensi

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.