Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua warga Iran yang menaiki MH370 masuki M'sia guna pasport tulen

Mar 17, 2014 | 02:12 PM



KUALA LUMPUR: Dua warga Iran yang disyaki menggunakan pasport palsu untuk menaiki pesawat MH370 didapati menggunakan pasport tulen untuk memasuki Malaysia.


Menurut Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sindiket penjualan pasport tulen membabitkan negara jiran telah menyumbang kepada kes kemasukan dua pelancong Iran itu.


"Siasatan mendapati dua pasport yang dimiliki warga Iran itu bukan palsu tetapi genuine. Dia (dua lelaki Iran) masuk (ke Malaysia) menaiki kapal terbang Qatar Airways dari Phuket ke Kuala Lumpur pada 28 Feb. (Kita percaya) di Phuket lah mereka membeli atau mendapatkan pasport tersebut," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menegaskan Jabatan Imigresen dan kementeriannya tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket sekalipun kerana pihak berkuasa memandang serius dalam hal membabitkan keselamatan negara.


Jelasnya lebih 40 juta kes pasport hilang dilapor Interpol di seluruh dunia ketika ini dan Malaysia turut menerima tempias tersebut.


Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.


Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >