Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua warga S'pura yang hilang di Gunung Pulai berjaya ditemui

Feb 08, 2018 | 04:25 PM



DUA warga Singapura, yang hilang di Gunung Pulai, Johor, sejak petang Isnin lalu berjaya diselamatkan menggunakan bot hari ini.



Pihak berkuasa Malaysia telah menjumpai mangsa di Teluk Teratai hujung empangan Pontian sekitar 11.30 pagi dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan.



"Kededua mangsa kelihatan letih dan kehausan dengan beberapa kesan luka dan lebam di badan mereka tetapi mereka masih boleh bercakap dan berinteraksi seperti biasa," kata ketua pasukan bomba Kulai, Encik Mohd Khairi Zainuddin, yang juga ketua operasi pencarian, kepada akhbar The Straits Times.



Polis Johor memuat naik gambar pasangan itu - yang dikenal pasti sebagai Encik Dominick Tan Chang Xiang dan Cik Lum Jie - di Facebook selepas berjaya mengesan dan menyelamat mereka.



Encik Tan dan Cik Lum, kedua-duanya berusia 27 tahun, telah dibawa ke Hospital Pontian.



Pasangan itu telah ke Gunung Kulai di daerah Kulai, Johor, itu untuk mendaki.



Pihak berkuasa Malaysia berkata operasi pencarian telah ditambah daripada 60 orang semalam kepada hampir 100 orang pada Selasa lalu, yang termasuk pegawai polis, renjer, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan sukarelawan.



Pihak polis Malaysia menerima panggilan telefon kecemasan daripada pasangan tersebut sekitar 5.55 petang Isnin lalu selepas mereka sesat di dalam kawasan pergunungan setinggi 654 meter itu.



Menurut laporan media Malaysia, gunung itu ditutup buat sementara waktu kepada orang ramai disebabkan musim hujan tetapi pasangan itu telah meneroka gunung melalui laluan pendakian yang lebih kecil.



Mereka telah meletak kereta yang didaftarkan di Singapura di hadapan sebuah rumah sebelum mendaki gunung pada tengah hari ketika hari mereka dilaporkan hilang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >