PHUKET: Dua wartawan, termasuk editor Australia, didapati tidak bersalah atas tuduhan fitnah jenayah berhubung laporan membabitkan tentera laut negara itu dalam pemerdagangan manusia.
Menurut peguam mereka, mahkamah Thailand semalam juga membebaskan mereka daripada satu lagi tuduhan melanggar Akta Jenayah Komputer dalam perbicaraan berprofil tinggi yang mencetuskan kecaman daripada kumpulan hak asasi manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).