Duda tunjuk kemaluan depan rumah Siti

KUALA LUMPUR - Seorang duda anak dua didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, Ahad lalu.

Amiruddin Sulaiman, 49, didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat untuk menghina kesopanan di hadapan rumah penyanyi nombor satu negara itu di Jalan Wangsa 1/3, Bukit Antarabangsa, dekat sini kira-kira pukul 5 petang, 4 Oktober lalu.

Pertuduhan terhadap penganggur itu dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan Malaysia yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - Utusan Online

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.