Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Duterte ancam keluar PBB kerana kritik tindakan antijenayahnya

Aug 22, 2016 | 10:27 AM



MANILA: Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, mengejek Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak berguna dan mengancam akan meninggalkan badan dunia itu, apabila beliau melempar cemuhan sebagai respons kepada gesaan kempen hak asasi manusia PBB agar beliau menghentikan pembunuhan luar undang-undang penjenayah.



"Anda (PBB) tidak berguna. Jika anda benar-benar setia pada mandat anda, bolehkah anda menghentikan semua peperangan dan pembunuhan?" kata Encik Duterte dalam satu sidang akhbar bertele-tele selama dua jam bermula 1 pagi Ahad (21 Ogos).



"Bilakah PBB pernah benar-benar bersatu? Mereka tidak dapat mengawal Amerika. Mereka tidak dapat mengawal Russia. Mereka tidak dapat mengawal pengeboman...



"Masalah (dengan PBB) ialah ia membolehkan perang bermula, tetapi tidak tahu cara menamatkannya," kata beliau, merujuk kepada konflik di Iraq dan Syria.



Encik Duterte menuduh PBB "campur tangan dalam kedaulatan" Filipina, apabila ia mengkritik kempen antijenayah beliau.



Pada Jun, Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki Moon, mengutuk Encik Duterte kerana membenarkan pembunuhan di luar bidang kehakiman suspek pengedar dan penagih dadah dan menyifatkan tindakan itu "menyalahi undang-undang dan melanggar hak asasi dan kebebasan".



Ketua Polis Negara Ronald de la Rosa berkata minggu lepas lebih 1,000 suspek pengedar dan penagih telah dibunuh sejak Encik Duterte mengambil alih jawatan pada 30 Jun.



Dalam sidang akhbar di bandar kelahirannya, Davao, itu, Encik Duterte berkata beliau tidak mendengar PBB menyatakan kemarahan sama berhubung kejadian pegawai polis menembak orang kulit hitam di Amerika Syarikat.



"Anda menembak mati orang kulit hitam di sana (Amerika). Apa itu? Bukankah itu mengerikan? Saya tidak membaca (mengenai) seseorang daripada badan bodoh itu mengadu tentang bau busuk kematian di sana," katanya.



Beliau kemudian mencabar pelapor khas PBB mengenai hukuman mati tanpa bicara, Cik Agnes Callamard, supaya menemuinya agar beliau boleh "membuktikan kepada dunia bahawa anda seorang pakar yang sangat bodoh".



"Anda pakar undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, datanglah ke sini dan temui saya dan buatlah tuduhan... Saya akan menunjukkan kepada anda statistik, dan saya akan pegang jari anda dan mengajar anda cara mengira," katanya.



Beliau berkata para pegawai PBB tidak dapat menghargai betapa serius "wabak dadah" di Filipina.



"Mereka terpengaruh oleh NGO, keratan akhbar dan pengkritik. Apa yang mereka lakukan hanyalah membaca lidah pengarang," katanya.



Pada Khamis, Cik Callamard berkata "dakwaan memerangi perdagangan dadah haram tidak membebaskan pemerintah daripada kewajipan undang-undang antarabangsa dan tidak melindungi pelaku daripada pemerintah atau orang lain daripada tanggungjawab bagi pembunuhan haram".



Sehari selepas itu, beliau menulis satu tweet "jemputan diterima" selepas penasihat undang-undang Encik Duterte, Encik Salvador Panelo, meminta beliau melihat sendiri keadaan di lapangan.



Tetapi dalam satu kenyataan pada Ahad (21 Ogos), jurucakap presiden Ernesto Abella berkata Filipina "tidak mengeluarkan sembarang undangan kepada sesiapa, tidak juga PBB, untuk melihat ke dalam hal ehwal negara itu".



Encik Duterte juga berkata Filipina mungkin meninggalkan PBB, sambil menambah beliau mungkin cuba menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa saingan.



"Saya akan menjemput semua orang. Saya mungkin akan menjemput China, (negara-negara) Afrika," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >