Duterte angkat sumpah sebagai presiden ke-16 Filipina

MANILA: Encik Rodrigo Duterte mengambil alih jawatan pada tengah hari Khamis (30 Jun) sebagai presiden ke-16 Filipina, memulakan pemerintah yang bertekad memerangi dengan "tidak mengenal belas kasihan" dan "berterusan" terhadap jenayah, di samping mengagihkan kemakmuran kepada "orang-orang yang tidak mempunyai banyak".

"Perjuangan ini tidak mengenal belas kasihan, dan ia akan berterusan," kata Encik Duterte, 71 tahun, kepada kira-kira 600 tetamu dalam ucapan 16 minit sejurus selepas mengangkat sumpah di Istana Malacanang untuk menggantikan Encik Benigno Aquino.

Sesuai dengan watak beliau, bekas Mayor Davao itu mencabar adat dengan mengangkat sumpah di hadapan hadirin kecil di dalam istana presiden, bukan dalam satu rapat umum besar seperti yang dilakukan pemimpin Filipina sebelumnya.

"Perjalanan ini sukar, tetapi datanglah dan sertailah saya. Bersama-sama, berganding bahu, marilah kita mengambil langkah-langkah pertama yang goyah dalam usaha ini," katanya.

Menyimpang daripada cara beliau yang biasanya kasar, Encik Duterte bercakap dengan suara perlahan tentang tema utama pemerintahannya enam tahunnya ke atas negara 100 juta penduduk itu: melenyapkan jenayah dan menghapuskan birokrasi rasuah.

Encik Duterte telah berjanji akan melenyapkan jenayah dalam tempoh enam bulan dengan apa cara sekalipun, termasuk pembunuhan luar undang-undang. Beliau mengugut akan menghantar mayat puluhan ribu penjenayah ke dasar laut dan berikrar akan mengembalikan hukuman mati.

Pasukan keselamatan dan kumpulan pengawas yang tidak dinamakan telah mula menembak suspek ketua dadah dan penjual mereka sejak beliau memenangi pilihan raya presiden pada 9 Mei, dengan lebih 50 orang yang dikaitkan dengan perdagangan narkotik telah terbunuh.

Beliau berkata "rasuah, daripada kedua-dua peringkat, tinggi dan rendah, dalam pemerintah, jenayah di jalan raya dan penjualan berleluasa dadah haram" adalah "masalah yang mengganggu negara kita hari ini yang perlu ditangani dengan segera".

Mengenai menangani kemiskinan, Encik Duterte menukil mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Franklin Roosevelt, dan berkata: "Ujian kemajuan kita bukan apakah kita menambah lebih banyak kepada orang-orang yang mempunyai kemakmuran. Ia adalah apakah kita menyara mereka yang mempunyai sedikit."

Dalam upacara simbolik tidak lama sebelum beliau mengangkat sumpah, Encik Duterte menaiki tangga luas di mana beliau disambut oleh Encik Aquino.

Selepas satu pertemuan singkat, Encik Aquino turun tangga sama, menerima hormat lalu, dan dipandu dari Istana Malacanang, bukan sebagai presiden, tetapi rakyat biasa.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.