Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Duterte tawar wang tunai bagi penangkapan militan Abu Sayyaf

Apr 20, 2017 | 10:57 AM



MANILA (Filipina): Presiden Rodrigo Duterte semalam menawarkan hadiah wang tunai 1 juta peso ($28,095) bagi setiap pengganas Abu Sayyaf kerana menyerang tentera pemerintah di Inabanga, Bohol, minggu lalu.



Beliau malah berjanji akan mengampuni orang awam yang membantu dalam menjejaki para pengganas ini.



Encik Duterte juga mendedahkan rancangan melengkapi orang awam dengan senjata bagi menghadapi pengganas dan ketua pengedar dadah.



Presiden Filipina itu juga mengarahkan pasukan keselamatan untuk mendapatkan, sama ada "hidup atau mati" enam hingga tujuh pengganas bersenjata Abu Sayyaf yang berjaya menyusup keluar dari kepungan pasukan keselamatan semasa pertempuran di Inabanga minggu lalu.



"Arahan saya kepada polis dan semua termasuk orang awam, anda harus perangi dan bunuh. Arahan saya (tidak mengira) hidup atau mati. Jika ada enam (penyamun), yang mungkin mencari jaringan keselamatan, di mana sekalipun mereka mendarat, saya punya 1 juta peso yang saya tawarkan untuk setiap seorang mereka," kata Encik Duterte kepada pihak media yang ditukil akhbar The Philippine Star selepas mendengar taklimat keselamatan di Bohol.



"Saya juga bercadang melengkapi orang awam dengan senjata. Saya sertakan orang awam... jika anda bunuh seseorang... anda hanya perlu pergi kepada pihak polis dan buat laporan dan menyatakan yang sebenar... tiada masalah. Saya akan menjaga anda. Saya akan ampunkan anda untuk apa jua," ujarnya.



Kata Encik Duterte, pencarian yang dilakukan pihak keselamatan merangkumi penagih dadah yang beliau sifatkan sebagai berada dalam keadaan paranoia dan sedia melawan.



"Musuh saya adalah (penagih dan pengedar) dadah dan pengganas. Penagih dadah punya senjata. Tanyalah kepada mana-mana anggota polis atau mayor. Mereka sememangnya punya senjata. Jika mereka kata senjata itu diletakkan secara sengaja oleh pihak berkuasa, ia tidak benar. Hampir kesemua mereka benar-benar takut," ujarnya.



Sedang arahannya kepada pihak keselamatan adalah untuk menjejak kesemua pengganas ini dan menampilkan mereka secara hidup atau mati, Encik Duterte bagaimanapun berkata, beliau lebih senang melihat mereka mati.



"Saya menggalak orang awam untuk membunuh mereka, kerana sama ada hidup atau mati, ada ganjarannya. Saya lebih senang mereka mati kerana jika anda membawanya hidup-hidup, saya perlu berinya makan dan ini menelan belanja," katanya terus terang.



Encik Duterte juga menggalak rakyatnya untuk memberitahu pihak berkuasa tentang kedudukan pengganas.



"Tiada soalan yang akan ditanya. Kami juga tidak akan menyebut nama. Beritahu saja di mana mereka berada dan pemerintah akan menjaga kesemuanya," ujar beliau.



Menurut pihak tentera, ganjaran 1 juta peso bagi setiap militan Abu Sayyaf akan membantu dalam penangkapannya.



"Diharapkan ini akan menggalak pemberi maklumat dan warga lainnya untuk membantu mempercepat penangkapan penyamun-penyamun ini," kata jurucakap Angkatan Tentera Filipina, Brigadier Jenderal Restituto Padilla.



Lima militan Abu Sayyaf, tiga askar dan seorang anggota polis terbunuh semasa pertempuran apabila kumpulan pengganas itu menyerang pasukan keselamatan Filipina di Inabanga pada 11 April lalu.



Antara yang terbunuh ialah ketua peringkat rendah Abu Sayyaf, Muamar Askali atau juga dikenali sebagai Abu Rami, yang dilaporkan terlibat dalam pemenggalan kepala dua warga Kanada dan seorang tebusan Jerman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >