Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Duterte umum mungkin ikut Russia tinggalkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)

Nov 17, 2016 | 03:01 PM



MANILA: Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, berkata pada Khamis (17 Nov) beliau mungkin mengikuti langkah Russia keluar daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), sambil memetik kritikan negara Barat terhadap pembunuhan dalam perang antidadahnya sebagai alasan.



Dalam komen menjelang keberangkatan ke Lima, ibu kota Peru, bagi menghadiri sidang puncak Asia-Pasifik, Encik Duterte juga mencerca Amerika Syarikat dan berkata jika Russia dan China membentuk 'orde baru', Filipina akan menjadi negara pertama menyertainya.



Russia mengenakan satu tamparan baru terhadap ICC pada Rabu (16 Nov) dengan menarik diri daripadanya. Ini sedang pegawai tertinggi mahkamah itu menggesa negara-negara supaya menyokong tribunal tersebut, yang sedang dilanda gelombang penarikan diri.



Moscow tidak pernah mengesahkan satu-satunya mahkamah perang dunia itu, tetapi dalam satu tindakan penuh simbolik pada hari pembukaan mesyuarat tahunan ICC, ia berkata ia secara rasmi menarik balik tandatangannya pada Statut Rom pengasas tribunal tersebut.



"Mahkamah itu gagal mencapai harapan yang dikaitkan dengannya dan tidak benar-benar bebas," kata Kementerian Luar Russia, sambil menyifatkan tugas ICC "berat sebelah dan tidak cekap".



Langkah itu datang hanya beberapa hari selepas Gambia pada Isnin secara rasmi memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ia telah meninggalkan ICC, mengikuti jejak langkah Afrika Selatan dan Burundi.



"Jangan keluar," rayu Menteri Senegal, Encik Sidiki Kaba, yang jugaa presiden Perhimpunan Pihak Negara ICC, semasa merasmikan mesyuarat lapan hari itu.



"Dalam dunia yang direntasi pengganasan... adalah penting dan perlu mempertahankan hasrat unggul keadilan untuk semua," ujar beliau.



Tribunal itu dibuka pada 2002 di The Hague sebagai mahkamah terakhir bagi membicarakan jenayah paling teruk di dunia di mana mahkamah negara tidak berdaya atau tidak bersedia bertindak.



Dengan Russia dan China menyekat PBB daripada bergerak untuk merujuk jenayah perang di Syria kepada ICC bagi siasatan, Encik Kaba mengaku ada orang percaya keadilan antarabangsa telah dicemari oleh dwistandard.



Tetapi beliau menawarkan jaminan dengan berkata: "Anda telah didengari."



Terdapat tuduhan yang telah lama mengenai berat sebelah terhadap negara-negara Afrika. Kenya, Namibia dan Uganda juga menyatakan mereka sedang menimbangkan menarik diri daripada Statut Rom.



Ketua pendakwa ICC, Cik Fatou Bensouda, bagaimanapun , menegaskan pejabatnya akan terus "mara untuk menunaikan mandat pentingnya".



"Tanpa ICC kita akan mundur ke dalam dunia yang lebih bergelora di mana huru-hara dan keganasan lebih berkuasa," tegasnya. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >