Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

EC Thai mahu bertemu wakil parti politik

Jan 02, 2014 | 02:15 PM



BANGKOK: Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) Thailand merancang untuk bertemu dengan ahli parti-parti politik terbesar negara itu bagi membincangkan cara-cara meredakan ketegangan sebelum pilihan raya 2 Februari ini, yang kini diancam oleh protes-protes antikerajaan yang semakin meningkat.


Kumpulan-kumpulan yang menentang Perdana Menteri sementara Thai, Cik Yingluck Shinawatra, merancang untuk mengepung bangunan kementerian-kementerian negara itu dan menduduki 20 persimpangan utama di Bangkok pada 13 Januari ini sehingga beliau bersetuju untuk meletak jawatan dan membenarkan sebuah majlis tidak dilantik kerajaan untuk membaharui sistem pilihan raya negara itu, kata Encik Suthep Thaugsuban, bekas ahli parlimen pembangkang yang kini memimpin gerakan antikerajaan itu, kelmarin.


Pentadbiran Cik Yingluck masih bertahan sejak protes di jalanan tercetus lebih dua bulan lalu.


Encik Suthep berkata protes-protes itu bertujuan menyingkirkan pengaruh politik keluarga Shinawatra daripada parlimen.


Para sekutu abang Cik Yingluck, Encik Thaksin Shinawatra, telah memenangi lima pilihan raya lalu, termasuk dua selepas Encik Thaksin digulingkan oleh satu rampasan kuasa tentera pada 2006.


Nilai mata wang baht jatuh bagi hari ke-11 berturut-turut, kemerosotan terpanjangnya sejauh ini, dan indeks tanda aras saham negara itu jatuh ke paras terendahnya sejak 15 bulan lalu. - Bloomberg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >