Ekonomi suku kedua Malaysia tumbuh melebihi jangkaan

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 4.9 peratus pada suku kedua tahun ini, daripada setahun lalu, tinggi sedikit daripada jangkaan walaupun harga komoditi dan permintaan dalam negeri lemah dalam tempoh tersebut.

Kadar pertumbuhan dari April hingga Jun itu paling perlahan sejak suku ketiga 2013, apabila ekonomi juga berkembang 4.9 peratus.

Pada suku pertama, ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus daripada tahun sebelumnya.

Ahli ekonomi yang ditinjau Reuters menjangka Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Malaysia tumbuh leboh perlahan pada kadar 4.5 peratus pada suku kedua tahun ini kerana penggunaan dalam negeri dan eksport pengilangan lemah. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.