Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Elak aktiviti luar, pakai pelitup muka, jauhi risiko kesihatan akibat jerebu: KKM

Oct 03, 2023 | 03:39 PM



PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan mereka dengan mengelak aktiviti luar di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.


Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata pemakaian pelitup muka dan elak aktiviti fizikal di luar bangunan antara langkah boleh diambil bagi mengelak sebarang risiko kesihatan akibat kesan jerebu.

“Aktiviti fizikal akan meningkatkan kadar pernafasan, sekali gus menyebabkan lebih banyak partikulat terampai memasuki saluran pernafasan. Keadaan itu boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin malam.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya peka dengan perubahan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing dengan merujuk laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) di https://apims.doe.gov.my/home.html.

“KKM akan terus memantau penyakit berkaitan jerebu di klinik sentinel dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di kemudahan kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat dan mempunyai gejala penyakit akibat kesan jerebu,” katanya.

Dr Muhammad Radzi berkata langkah pencegahan lain termasuk menutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan, serta mengelakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara di dalam rumah atau bangunan, dengan tidak merokok.

Selain itu, beliau berkata menggunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mod) kitaran udara dalaman ketika memandu kenderaan dan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi badan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu melalui laman sesawang KKM di https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/51-jerebu.

Sementara itu, sehingga 1 tengah hari Selasa, jumlah stesen yang merekodkan IPU tidak sihat menurun kepada tujuh, berbanding 12 pada Isnin.

Setakat ini, sekolah masih beroperasi seperti biasa dan sebarang tindakan sama ada perlu menutup sekolah atau sebaliknya bergantung kepada penilaian KKM. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >