Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Elak fitnah, cacian di media sosial: Agong

Sep 28, 2023 | 03:13 PM



PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah, menggesa rakyat Malaysia menerapkan akhlak mulia dalam pertuturan, membicara kebenaran, bersikap jujur serta menjauhi fitnah, kata dusta dan pembohongan di media sosial.


Beliau berkata perkataan kurang elok ketika berbicara atau menulis di media sosial, kata cacian, nista dan dusta serta fitnah hanya menggugat kestabilan serta keharmonian negara ini.

“Marilah kita mengambil iktibar dengan kejatuhan serta keruntuhan tamadun dan kuasa besar dunia akibat daripada budaya fitnah yang mendominasi dan membarah dalam kehidupan bangsanya.

“Ini kerana selepas kewafatan Rasulullah saw, fenomena fitnah membawa kepada peristiwa yang amat tragis dalam sejarah Islam menerusi pembunuhan Khalifah Islam ketiga, Saidina Uthman Affan,” katanya semasa acara Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada Khamis, lapor Berita Harian Malaysia.


Sultan Abdullah berkata hakikat fitnah dan tipu daya bukan sahaja menumpahkan darah seorang pemimpin Islam yang agung, malah menghancurkan keharmonian serta kestabilan sebuah negara.

“Kerana itulah Allah swt mengingatkan seluruh umat Islam menghindari serta menjauhi orang-orang yang tidak bercakap benar.


“Justeru, sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tahun ini, beta ingin menyeru seluruh rakyat beta untuk mencontohi akhlak warisan maknawi Rasulullah saw yang amat bernilai dan istimewa,” ujarnya.


Beliau menambah, keperibadian Rasulullah saw sebagai insan mulia dan seorang pemimpin amat terserlah selain memiliki sifat tawaduk yang tinggi dan tidak suka dipuja.


“Setiap baris tutur kata baginda disulami dengan penuh kesantunan dan memancarkan keperibadian mulia, serta rasa hormat kepada teman bicara dan tidak pernah menuturkan tipu daya, apatah lagi nista kepada pengikut mahu pun penentangnya,” ujar beliau.

Sultan Abdullah berkata ajaran Islam yang dibawa Rasulullah saw mencakupi pelbagai aspek kehidupan dalam mengemudi dan memerintah sebuah negara dengan pelbagai puak dan agama serta spektrum kedudukan sosioekonomi yang berbeza.


Malah, sirah Rasulullah saw mencerminkan kepakaran Nabi dalam mentadbir sebuah negara.


“Dari aspek ekonomi, Baginda memberi tumpuan kepada pengurusan sumber dan agihan kekayaan secara cekap, mempelbagaikan sektor ekonomi dan menitikberatkan kepentingan sosial selain merangka program untuk meningkatkan taraf hidup serta sosioekonomi rakyat.

“Baginda tidak segan silu mendekati golongan terpinggir dalam kalangan mereka yang miskin, lemah dan kurang berada selain berusaha keras membawa golongan ini keluar daripada kesempitan hidup,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >