GEORGETOWN: Jenazah empat rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pengeboman di tengah Bangkok malam Isnin dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 10.20 malam tadi.
Empat rakyat Malaysia itu adalah mendiang Cik Lim Saw Gek, 49 tahun; anak lelakinya, Encik Neoh Jai Jun, 20 tahun; Encik Lee Tze Siang, 33 tahun dan Lee Jing Xuan, empat tahun.