Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Empat lagi disyaki hidap Ebola di Sepanyol

Oct 08, 2014 | 02:49 PM



MADRID: Doktor di Sepanyol merawat empat lagi pesakit dan cuba mengesan berpuluh lain setelah seorang jururawat Sepanyol disah dijangkiti Ebola hingga menimbulkan kebimbangan ia mungkin menular di Eropah.


Kesatuan Eropah (EU) semalam meminta Sepanyol menjelaskan bagaimana penyakit itu berupaya merebak di dalam unit rawatan penyakit khusus.


Media Sepanyol berkata jururawat yang dijangkiti Ebola dikenali sebagai Cik Teresa Romero, dalam lingkungan 40-an tahun dan bekerja di Hospital La Paz-Carlos III di Madrid.


Jururawat itu merupakan pesakit Ebola pertama yang dijangkiti di luar Afrika selepas menjaga dua mubaligh Sepanyol yang meninggal dunia akibat Ebola selepas pulang dari Afrika Barat.


Cik Romero sebelum ini merawat Paderi Sepanyol, Encik Miguel Pajares, 75 tahun, yang menjangkiti Ebola di Liberia dan meninggal dunia pada 12 Ogos lalu, selain Paderi Manuel Garcia Viejo, 69 tahun, yang dihantar pulang dari Sierra Leone dan meninggal dunia pada 25 September lalu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >