Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Empat maut bot karam di sungai di Bangladesh

Jul 17, 2023 | 01:28 PM



DHAKA: Sekurang-kurangnya empat orang mati lemas apabila sebuah bot yang membawa 20 penumpang karam di sungai Buriganga, dekat ibu kota Dhaka, pada Ahad, kata seorang pegawai perkhidmatan bomba, Encik Anwarul Islam, di sini.


Kebanyakan penumpang bot itu dipercayai dapat berenang ke tepian, setelah bot tersebut karam ketika hampir tiba ditepi, menurut beliau.

Mayat empat orang itu telah ditemui, dan operasi menyelamat masih lagi diteruskan, kata seorang pegawai polis, Encik Sahabuddin Kabir, kepada agensi berita Reuters.


Tujuh orang telah dapat diselamatkan dan dikejarkan ke hospital, kata polis lagi.

Ratusan orang menyaksikan nahas itu sedang anggota pasukan penyelamat menggunakan beberapa bot menyusur kawasan sungai itu dengan menggunakan lampu suluh, menurut saksi. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >