Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Empat pegawai keselamatan Saudi maut, 4 cedera dalam serangan

Apr 20, 2018 | 02:46 PM



RIYADH: Empat pegawai Arab Saudi ditembak mati dan empat  lagi cedera kelmarin apabila pusat  pemeriksaan mereka diserang  di wilayah selatan Asir, kata media negara itu, memetik Kementerian Dalam Negeri.



Tiga pegawai terbunuh serta-merta  apabila pos tersebut diserang, lapor Saudi Press Agency (SPA),   tanpa menyatakan siapa melakukan serangan tersebut.



“Pegawai keselamatan telah berjaya mengenal pasti beberapa suspek yang terbabit dalam jenayah itu  dan menangkap dua daripada mereka, kedua-dua warga Saudi,” kata SPA.



“Demi  kepentingan penyiasatan, nama mereka tidak boleh didedahkan.”



Suspek ketiga, warga Arab Saudi,   melepaskan tembakan ketika  cuba melarikan diri, membunuh seorang lagi pegawai dan mencederakan empat yang lain, tambah SPA.



 Serangan itu   berlaku sedang  Arab Saudi terlibat dalam konflik panjang   di negara jirannya  di selatan, Yaman,   yang disifatkan  oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia.



Pada  Mac 2015, Arab Saudi  melancarkan perikatan  negara-negara Arab yang berjuang    menentang  pemberontak Houthi yang disokong Iran di Yaman dan memulihkan semula kuasa pemerintah negara itu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.



  Riyadh dan saingannya Teheran menyokong pasukan  bertentangan dalam  pelbagai kawasan titik panas di seluruh Timur Tengah,    termasuk Lebanon,  Syria, Iraq dan Yaman.



Sejak akhir  2014, kumpulan militan ISIS mendakwa melakukan  satu  siri pengeboman dan tembakan terhadap kaum Syiah  dan pasukan keselamatan di Arab Saudi, negara  majoriti Sunni.



Arab Saudi anggota  perikatan   antarabangsa yang diketuai oleh Amerika Syarikat  yang  membantu memerangi kumpulan ekstremis Sunni di Syria dan Iraq.



Pada November lalu, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera  Mohammed bin Salman, berikrar akan “mengejar pengganas hingga  mereka dilenyapkan  dari muka bumi” semasa    mempengerusikan  pertemuan pertama sebuah perikatan antipengganasan  Islam  melibatkan sekitar 40 negara Islam. – AFP.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >