JOHOR BAHRU: Empat pemuda yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu ketika dalam perjalanan ke Terengganu ditemui mati di dalam sebuah kereta di dalam anak sungai di Kota Tinggi semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata kereta itu ditemui terbalik di dalam anak sungai di sebuah ladang kelapa sawit oleh orang awam yang menghubungi polis kira-kira 8.10 pagi semalam.