Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Empat warga asing yang bogel di Gunung Kinabalu didakwa di mahkamah

Jun 10, 2015 | 12:10 PM



KOTA KINABALU - Empat pendaki yang dilaporkan menanggalkan pakaian mereka dan membuang air kecil di Gunung Kinabalu akan didakwa di mahkamah hari ini, Rabu.


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dua wanita dan dua lelaki itu telah dihadapkan ke mahkamah pagi tadi.


Keempat mereka terus di bawa ke lokap mahkamah sementara menunggu sesi mahkamah dibuka.


Wanita pertama, seorang warga Britain, ditangkap di lapangan terbang Tawau semalam.


Yang lain - dua warga Kanada dan seorang warga Belanda - menyerah diri di balai polis Karamunsing sekitar 6 petang pada hari yang sama.


Polis sebelum ini berkata mereka yang menanggalkan pakaian di puncak gunung tersebut, yang disifatkan oleh warga Sabah sebagai suci, akan didakwa menganggu ketenteraman awam.


Menurut undang-undang Malaysia, hukuman bagi kesalahan tersebut adalah denda RM400 ($145).


Gambar-gambar bogel warga asing itu telah membuat ramai di Malaysia marah kerana Gunung Kinabalu, yang merupakan warisan dunia, dianggap suci oleh kaum etnik Kadazan Dusun Sabah.


Jumaat lalu, gempa bumi sekuat 6 magnitud dekat gunung tersebut telah menyebabkan tanah runtuh sedang lebih 150 pendaki berada di puncaknya dan menikmati keindahan pandangan matahari terbit.


Sekitar 18 orang disahkan terkorban di gunung tersebut. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >