Empat warga Singapura antara 41 ditangkap di New Zealand dalam serbuan dadah

EMPAT warga Singapura antara 41 orang yang ditahan di New Zealand dalam satu operasi polis untuk melebur satu sindiket dadah yang berpusat di Pulau Utara, kata polis berkata pada Rabu (13 April).

Mereka didakwa mengimport 700g methamphetamine, atau Ice, untuk diedar di bandar Gisborne dan kawasan sekitarnya di sepanjang pantai timur pulau itu, kata satu kenyataan yang disiarkan di laman web polis New Zealand.

Kumpulan 41 orang itu muncul di mahkamah sepanjang sembilan hari lalu, menurut kenyataan tersebut, dan mereka menghadapi sejumlah 245 tuduhan mengimport dadah Kelas A, berpakat untuk menjual, menjual dan memiliki Ice untuk diedar dan berurusan dalam ganja.

Dalam operasi yang dijalankan minggu lalu itu, selepas siasatan lapan bulan, polis turut memeriksa 37 hartanah di kawasan Gisborne dan merampas lapan daripadanya, serta beberapa akaun bank, kenderaan, Ice sebanyak 400g, senjata api, wang tunai dan ganja.

Harta yang dirampas berjumlah NZ$3.800.000 ($3.5 juta).

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.