Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Empat warga Singapura terbunuh dalam kemalangan di Port Dickson

Jan 03, 2018 | 07:10 PM



EMPAT warga Singapura terbunuh dalam kemalangan yang membabitkan lima kenderaan di kawasan Lukut-Sepang, Port Dickson, petang tadi. 





Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad, kemalangan tersebut berlaku sekitar 2.30 petang. 





Sebuah lori dari Sepang dipercayai gagal berhenti di simpang jalan lalu merempuh tiga kereta dan sebuah motosikal.





Superintenden Zainudin berkata tiga kereta yang dirempuh ialah sebuah kereta Singapura Honda Stream berwarna putih serta dua kereta Malaysia – Mercedes GLC 250 dan Perodua Axia.





Lori tersebut turut melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135.





Tiga penumpang Honda Stream itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >