Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Empayar Trump berhutang sekurang-kurangnya $870j, ada urusan niaga kabur

Aug 22, 2016 | 11:56 AM



NEW YORK: Semasa berkempen, Encik Donald Trump, calon presiden Republikan, memaparkan dirinya sebagai ahli perniagaan bernilai berbilion-bilion dolar dan tidak terhutang budi pada sesiapa.



Tetapi siasatan oleh The New York Times (NYT) ke dalam kewangan hartanah Encik Trump di Amerika Syarikat mendedahkan syarikat-syarikat miliknya berhutang sekurang-kurangnya AS$650 juta ($870 juta) - dua kali ganda daripada yang boleh diketahui daripada maklumat yang difailnya dengan pihak berkuasa sebagai sebahagian syarat menjadi calon bagi Rumah Putih.



Siasatan NYT juga mendapati nasibnya bergantung secara mendalam pada pelbagai kemudahan hutang yang disediakan penyokong kewangannya, termasuk seorang yang beliau kutuk semasa berkempen.



Sebagai contoh, sebuah bangunan pejabat di Avenue of the Americas di New York, yang sebahagiannya dimiliki Encik Trump, mempunyai hutang sebanyak AS$950.



Antara pemberi pinjaman itu ialah Bank of China, salah sebuah bank terbesar di negara itu yang Encik Trump kritik sebagai musuh ekonomi Amerika; dan Goldman Sachs, sebuah institusi kewangan yang beliau dakwa menguasai Cik Hillary Clinton, calon presiden Demokratik, selepas ia membayar beliau AS$675,000 bagi bayaran berucap.



Jika dilantik sebagai presiden, Encik Trump akan mempunyai kuasa besar ke atas dasar kewangan dan cukai, serta kuasa membuat pelantikan yang secara langsung akan memberi kesan ke atas empayar kewangannya sendiri.



Namun pemeriksaan NYT hanya menekankan betapa banyak perniagaan Encik Trump masih diselubungi misteri. Beliau enggan mendedahkan penyata cukainya atau membenarkan penilaian bebas ke atas asetnya.



NYT juga mendapati sebahagian besar kekayaan Encik Trump terikat dalam tiga perkongsian pasif yang berhutang tambahan AS$2 bilion kepada rentetan peminjam, termasuk peminjam bagi bangunan Avenue of the Americas.



Jika pinjaman itu tidak terbayar, Encik Trump tidak akan dituntut bertanggungjawab, kata Pertubuhan Trump. Namun, nilai pelaburan beliau pasti menjunam.



Encik Trump pernah berkata kepada CNN: "Saya raja hutang. Saya suka hutang."



Tetapi dalam kerjaya beliau, hutang pernah menjeratnya, membawa kepada sekurang-kurangnya empat muflis perniagaan.



Bagaimanapun, beliau cepat menekankan bahawa hari ini, syarikat-syarikatnya mempunyai hutang yang sangat sedikit.



Encik Trump menunjukkan dalam borang pendedahan kewangan bahawa beliau mempunyaai kekayaan bernilai sekurang-kurangnya AS$1.5 bilion dan telah berkata secara terbuka bahawa jumlah sebenarnya lebih besar daripada AS$10 bilion.



Anggaran terkini oleh Forbes dan majalah Fortune serta Bloomberg meletak nilainya kurang AS$5 bilion.



Profesor undang-undang Richard Painter dari Universiti Minnesota, ketua peguam etika Rumah Putih di bawah Presiden George W. Bush dari 2005 hingga 2007, berkata:



"Kejayaan empayar beliau bergantung pada keupayaan mendapatkan hutang, mendapatkan pinjaman bagi entiti perniagaannya.



"Dan kita tidak tahu banyak perkara mengenai urusan kewangan beliau, di sini atau di seluruh dunia." - The New York Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >