Enam akaun bank berkaitan dakwaan salur wang ke akaun Najib dibekukan

PETALING JAYA - Enam akaun bank yang dikaitkan dengan dakwaan menyalurkan wang kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah dibekukan.

Dalam satu kenyataan bersama, pasukan petugas khas yang dibentuk untuk menyiasat dakwaan tersebut, berkata arahan untuk membeku akaun-akaun tersebut dikeluarkan semalam.

"Pasukan petugas khas juga telah mendapatkan dokumen-dokumen mengenai 17 akaun dalam dua bank untuk membantu siasatan. Beberapa dokumen berkaitan tidak mematuhi peraturan dan prosedur Bank Negara Malaysia juga dirampas," kata kenyataan tersebut.

Sedang siasatan masih dijalankan, pasukan petugas telah menggesa semua pihak supaya memberi kerjasama untuk membolehkan siasatan diselesaikan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Akhbar The Wall Street Journal dan laman web Sarawak Report telah menerbitkan artikel Jumaat lalu menukil seorang penyiasat yang tidak diberikan nama mendakwa hampir AS$700 juta ($946 juta) dari dana agensi pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan ke akaun-akaun peribadi Datuk Najib. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.