Enam ditembak mati di Michigan

CHICAGO: Sekurang-kurangnya enam orang telah ditembak mati manakala beberapa yang lain cedera dalam kejadian tembakan rambang di Daerah Kalamazoo, utara Amerika Syraikat, di Michigan, lapor media setempat lewat kelmarin.

Timbalan Syerif Daerah Kalamazoo County, Encik Paul Matyas, memberitahu media bahawa enam orang ditembak mati di restoran Cracker Barrel dan di sebuah kedai menjual kereta, Seelye Kia.

Tiga yang lain juga dilaporkan cedera, kata beliau.

"Kita seolah-olah berhadapan senario paling buruk apabila seseorang memandu dan melepaskan tembakan sesuka hati," lapor media NBC yang menukil Encik Matyas sebagai berkata.

Saksi berkata, penembak adalah seorang lelaki berusia lingkungan 50-an tahun dan memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV). - Agensi berita

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.